|
Raya tahun nie kurang bermakna bagi aku, semua adik beradik aku separate, masing-masing tahun nie, pulang beraya dekat rumah mentua, abg g dkat klang, abg rol dekat johor, yang ada, k.cik, k.ngah, aku, dan umie. Every year raya, aku dah kena plan, semayang raya rumah sape, lepas semayang raya rumah sape, susah biler parents kita separate nie, lambat sampai kecik hati orang tua, ( tak beraya pulak ), nak cepat, rumah jauh, so, every raya selalu konfius, rumah umie ke rumah abah nak g solat raya. How I wish bila pagi raya, umie, abah, aku dan lain-lain satu kereta, pergi sembahyang raya sama-sama. Sepanjang yang aku dapat ingat, tak pernah lagi kami sekeluarga sekali ke masjid untuk sembahyang raya. Hopefully once aku getting married nanti familyku tak sebegini. Nauzubillah minzalik. Tapi setiap kejadian itu ade hikmahnya kan? Mungkin sebab parents aku separate jugak lah aku cepat memahami apa itu erti kehidupan. Buatku belajar ini adalah realiti.
Hahaha
mcm tulis karangan pulak posting nie. Ade lagi satu kisah pagi raya nie, every raya, pagi-pagi, kebiasaannya aku bersiap-siap, sembahyang raya dekat rumah mie, kadang-kadang je aku sembahyang raya dekat rumah abah, adik beradik yang lain selalu jugak tukar-tukar, cuma aku yang kurang sikit, sebab dari kecik aku membesar dgn umie, susah nak tinggal umie sorang-sorang, masakan hari raya. Pagi-pagi raya, orang yang paling sibuk siapkan makanan untuk dibawa pergi rumah abah umielah. Setiap tahun, umielah yang paling busy siapkan makanan tak kisahlah, daripada laksa, nasi impit, nasi minyak, nasi berlauk, umielah yang paling busy isikan juadah untuk makan di pagi raya dengan abah dalam tempat letak makanan bertingkat tuh ( kalu korang ingat bekas warna perak orang dulu buat letak makanan ). Ape yang aku perasan, umie tak pernah hilang perasaan sayang dekat abah walaupun dah hampir 15 tahun bercerai. Tiap-tiap tahun, aku perhati raut muka umie, semangat menyiapkan makanan, untuk makan pagi raya lepas solat raya. Sedangkan 15 tahun dulu, macam-macam abah hambur perkataan yang kurang sedap didengari dekat umie, abah pukul umie, tapi, tak pernah sekalipun umie menyimpan dendam.
Aku yakin kot, sekiranya ada peluang untuk umie berbaik dengan abah, umie mesti usahakannya. Cuma abah yang susah nak terima umie balik kepadanya. Aku tak tahu apa salah umie 15 tahun lepas yang buat abah begitu benci kepada umie. Aku masih tak faham. Bagi aku umie adalah role model bagi ibu tunggal. Alhamdulillah kesemua tujuh anaknya berjaya menjadi manusia yang berguna sekurangnya. Dari jurutera, lawyer, chemist, pilot. Sekiranya ingin diceritakan latar belakan umie, umie belajar sampai darjah 6 sahaja. Sebab tak cukup duit nak belajar. Tapi alhamdulillah tak ada sorang pun anak dia yang rosak. Tuhan itu maha pemurah.
raya? Tak seronok kot, aku raya kedua pun duduk rumah je raya pun aku asyik mendung je. Tak seronok untuk dikenang.
cinta? Aku tak tahu whats wrong with me aku rasa lost gila. Aku tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya aku asyik tertanya kenapa aku selalu be the reason untuk semua masalah. Aku tak tahu kenapa aku sensitif sampaikan semua benda jadi isu
pilot? Dulu sebelum masuk aku bersemangat lepas dah stuck dalam skolah nie, khabar tak seindah rupa. Tapi, ini career yang aku pilih, jalan yang aku pilih, masa depan yang aku pilih So? mestilah aku tak menyesal. Captain in the next 11 years, insyaallah
azmierul che mat.
p/s: missed those days when I met my friends which came from different part of world.

|