penantian itu satu penyeksaan kot. semuanya menjadi penyiksaan bila aku apply untuk bidang kerjaya yang aku minat sangat untuk ceburi. tup tap. Kebiasaannya tiap2 tahun ade 3 peluang untuk apply for pilot, either through MAS, Airasia, or Yayasan Terengganu memandangkan aku anak terengganu. Airasia bukak permohonan to those interested untuk dapatkan cadetship programme dia somewhere in february, and closing on 13th of march. result SPM come out 12th of march. Disebabkan aku haru dengan perjalanan balik kuala terengganu. amik result, tkejut dapat result yang alhamdulillah, walaupun tidak seperti aku idam-idamkan, tetapi still baik, dan cukup untuk memohon ke universiti-universit tempatan insyaallah. Namun begitu,disebabkan recession, MAS batalkan cadetship programme nya, dan MOU dgn yayasan terengganu dengan menjamin peluang pekerjaan kepada those yang apply untuk tajaan yayasan terengganu. bermakna, apply untuk yayasan terengganu, yayasan terengganu Taja, once graduate, working with MAS. Aku hantar permohonan aku 24 Mac 2009. From the day on, penantian bermula. 3 minggu selepas itu, aku dapat surat dari yayasan terengganu untuk attend psychomotor kat MAS building, Subang, complex B.
on that day, aku pgi psychomotor, turn aku pukul 5 petang. Masa aku on the way nak pg bilik untuk jawab psychomotor test, aku passing by simulator 737-400, 777-200,747-400 segala simulator yang mana mas ade kapal terbang dia ah. berderau darah aku, semangat giler kot aku. One day aku akan kesini lagi. pahtu duk kejap, En.Shahrul panggil, masuk. Dia check aku nye slip SPM. then lepas 5 minit, aku sit for Psychomotor, basiccally, the test wasnt that hard. kalau focus, tak nervous, insyaallah boleh lepas. the test just nak tengok either your psychomotor skills can work together tak. nak tgk daya konsentrasi mata, pergerakan ko boleh assimilate dengan movement simultaneously. Tapi aku nervous sangat. and antara 4 orang yang test masa yang sama, aku sorang je failed. aku sedih giler. bagai dunia dah menimpa-nimpa aku kut. hahahaha. Punye ah sedih, aku tak tau kenapa aku tak dapat nak performed well.
Soon lepas pada tuh, aku balik. dengan harapan miracles akan jadi buat-bua yayasan terengganu baik ati tiba-tiba nak sponsor aku. hahaha. aku tulis surat ke Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) untuk dapatkan surat perlepasan bahawa aku meet minimum requirement dia untuk apply pilot privately. alhamdulillah lepas pada tu, aku dapat reply positive 3 hari je aku menunggu.
harapan aku, dapatlah aku apply untuk loan MARA. aku pun buatlah rombongan ke MARA dengan pomen and ilyas. sampai-sampai kat pejabat MARA. Pegawai MARA maklumkan bahawa MARA kekurangan dana due to recession. So, diorang KIV untuk those yang apply untuk sponsor MARA untuk buat PILOT. subhanallah, dugaan tuhan berikan kepadaku. aku balik dengan hampa. Aku tak tahu dah mana lagi dan apa lagi yang aku mampu buat. Nak tanggung sendiri, family aku tak mampu. RM 240,000.00 bukan sikit nilainya. aku tak tahu lah mcm mana nak dapat nilai banyak tu, untuk tampung study aku. akhirnya aku amik keputusan untuk menulis surat rayuan untuk permohonan aku diterima oleh yayasan terengganu. aku jumpa Dato' Abdullah Mat Zin untuk dapatkan surat sokongan. aku sediakan semua dokumen dari DCA. aku ke menara UOA Damansara untuk amik acceptance letter dari sekolah penerbangan untuk menyatakan bahawa sekolah penerbangan juga sanggup menerima aku sekiranya aku ditaja. hahaha. Memang ah skolah tu nak terima.
Dah business dorang trained pilot. dengan semua-semua dokumen tu, aku ke pejabat pos, then pos surat rayuan aku ditemani Cik AIna. thank CIk Aina! tanpa BHJ 787, tak sampai kot surat rayuan nie. walaupun aku agak down, nasib baik Cik Aina ade. Dia keep on pushing aku, nasihat day and night. Umie yang sentiasa mendoakan agar aku diberi yang terbaik untuk diriku. tunggu punya tunggu, alhamdulillah, aku ditawarkan biasiswa JPA untuk ijazah luar negara, geology major in petroleum and coal. tapi aku tak berhenti berdoa, walaupun sudah kurang berharap untuk rayuan diterima.
Tunggu punya tunggu, 1 Julai tiba, budak2 matrik tgh prepare nak exam, aku dikehendaki lapor diri dekat pusat persediaan dekat INTI. satu kereta barang-barang aku, k.cik antar pgi Nilai, dia siap kasi aku 50 ringgit huh, tgh study pun support aku, bukan keje ag, even sekarang pun sentiasa tanya, either aku cukup duit ke tak nak prepare semua barang-barang. alhamdulillah, aku ada k.ngah, kcik, a.rol, a.gie, kesemuanya teramat baik. semuanya care about me walaupun tidak tunjuk. mungkin bagi mereka dengan support secara financial showed that they are all care about me. walaupun 50 ringgit, besar nilainya bagi aku. Ape taknya, student, mana nak dapat 50 ringgit. menagih tepi jalan belum tentu dapat. Nak jadi cam crita slumdog millionaire? aku pun stdy punya stdy dekat INTI. about 2 weeks aku stdy. Aku kenal lecturer mat saleh, George William Borges, Chuah Eng Yew, Miss Florence, Miss Yong, Mr Hong, and so on.
First week, aku dah lupakan mengenai permohonan rayuan pilot aku, Namun masuk second weeks, aku tak tau instinct aku suruh aku tpon yayasan. aku tak tau kenapa instinct aku mengatakan aku punya rayuan akan diterima. Tunggu punya tunggu. Alhamdulillah, pagi 15 May, ada missed calls dari terengganu 8.45 pagi. berderau darah aku biler tgk number tu. aku tak sempat nak angkat tpon sebab tgh mandi sebab class that day pkul 10.00 pagi. Aku terus called, receiptionist angkat, then aku cuba reach En. Wahab. sudd En. Wahab pegawai in charge tak ada. Dia ke bahagian kawalan kredit cakap akak yang jawab telefon tuh. Then aku terus direct called hp En.Wahab.
Aku :Assalamualaikum, En. Wahab, En. Wahab ada telefon saya ke tadi? saya dekat dalam bilik air tadi.
En. Wahab : Waalaikummussalam. Ini Azmierul Ke?
Aku :Ya, En. Wahab, Azmierul ini.
En.Wahab :Azmierul,awak dapat
Aku : Dapat apa En. Wahab? (dalam hati dah jerit-jerit dah, nak confirm je)
En. Wahab : Permohonan awak diterima, pinjaman RM 230,000.00, sijil lesen juruterbang, belajar di Asia Pasific Flight Training.
Aku : Oh, Ok, selepas ini apa prosedur lagi En. Wahab?
En. Wahab : Saya baru lepas pos tadi, alamat awak Lorong selamat kan?
Aku : Ya En. Wahab.
En. Wahab : Tak apa, awak tunggu surat dari yayasan, ikut segala arahan yang disediakan. Tahniah Azmierul.
Aku : Terima Kasih En. Wahab
En. Wahab : Sama-sama, Assalamualaikum.
Aku : Waalaikummussalam.
Aku then terus menjerit lari-lari macam orang gila pergi bilik Danial peluk dia. Aku jerit kuat giler kut. Alhamdulillah. Penantian aku akhirnya berbaloi juga. permohonan aku diterima. The next day umie telefon, dokumen yayasan terengganu sampai. Same to K.ita, K.ita sms cakap dokumen dari flying school pun dah sampai
Alhamdulillah, berkat doa umie, abah, a.rol, k.cik, k.ngah, a.gie, ma, cik aina, cikgu-cikgu, sahabat-sahabat. cita-citaku dan impianku insyaallah akan tercapai. harap-harap dimurahkan rezeki dan dipermudahkan allah s.w.t hanya terima kasih dapat aku ucapkan sebagai balasan.
Terus aku terbayang agaknya one day nanti aku bekerja mcm nie la kut.
One day!
my next office. Insyaallah.
So, aku akan suspend blog nie until August 10th 2009 time aku register kat Asia Pasific Flight Training. in 66 weeks aku akan having Commercial Pilot License Hopefully.
Cik Aina ?
syukurlah. Azmierul Che Mat
6 comments
dila October 27, 2009 10:21 PM PDT hm..
cOngrates!!!
i gOt de same letter frOm DCA..
but..
the payment..
at MFA..
hm..
grrrr~
speechless~
nOw still at matric..
n mybe 4get bout pilOt... :(
Nisa September 27, 2009 05:14 AM PDT weh tahniah
aku dpt rase gile doh mcm mane kau happy
kuatkan hati kat sane
ingat Allah jgn lupa diri nanti
egt kat kak aina tau :)
jaga dri kat sana
terime kaseh kat mak ayah kau :)
kau buat aku bangga doh !
izzul September 7, 2009 04:19 PM PDT hoho bro! tahniah wei. tercpi gk impian ko. mcm² dugaan ko dpt kn? tp akhir yer dpt gk offer tue. tahniah wei!!!! gud luck k..
saiful August 30, 2009 04:30 AM PDT Bro..aku pun ade masalah yg same... aku taun 87.. tua dr ko skit.. dlu aku dpt offer dr MAS taun 2005 utk attend physcomotor... aku pas sume tuh..pas tu aku wat physcometric...aku just x lepas paper personality.. math english ngan numerical aku lepas... sice dr tuh..aku dh x apply dah pilot..sbb aku rase mcm dh xlayak..tp dlm hati aku teringin sgt nk jd pilot..same mcm ko.. lately nih.. aku dgr mara ade gak open utk amik pilot secara personal.. skg mcm mane? ape feedback yg ko dpt dlu? n lagi satu.. yayasan negeri lain2 agak2 ko ade x tawarkan mcm yayasan terengganu? aku anak selangor.. plzz... aku mengharap feedbace dr ko.. plz reply at saiful_mokhtar@yahoo.com
embraced a.k.a ery August 18, 2009 02:35 AM PDT grazt dik mat ^^
ari tu dah baca blogs neh tp x smpt nk comment.. well u know me.. bz 24/7 kwkwkw
btw... semoga ini permulaan yg membahagiakan gl dik mat
p/s igt Allah slalu
qilert July 29, 2009 02:10 PM PDT haha ;)
1st congrate glee oke
its aint easy 2 get dat chance
2nd.npe peluk daniel?
haha,xde org len ke nk peluk?
3rd;pic cik aina anda sgt smart lah ;)
sy suke pic yg cm2
syes~