Mirul
June 17th 1991  (Age 18)
Male
Shah Alam
   

<< September 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed




Sep 28, 2009
syawal.


Raya tahun nie kurang bermakna bagi aku, semua adik beradik aku
separate, masing-masing tahun nie, pulang beraya dekat rumah mentua,
abg g dkat klang, abg rol dekat johor, yang ada, k.cik, k.ngah, aku, dan umie.
Every year raya, aku dah kena plan, semayang raya rumah sape, lepas
semayang raya rumah sape, susah biler parents kita separate nie, lambat sampai
kecik hati orang tua, ( tak beraya pulak ), nak cepat, rumah jauh, so, every raya
selalu konfius, rumah umie ke rumah abah nak g solat raya.
How I wish bila pagi raya, umie, abah, aku dan lain-lain satu kereta, pergi
sembahyang raya sama-sama. Sepanjang yang aku dapat ingat,
tak pernah lagi kami sekeluarga sekali ke masjid untuk sembahyang raya.
Hopefully once aku getting married nanti familyku tak sebegini.
Nauzubillah minzalik. Tapi setiap kejadian itu ade hikmahnya kan?
Mungkin sebab parents aku separate jugak lah aku cepat memahami apa
itu erti kehidupan. Buatku belajar ini adalah realiti.

Hahaha

mcm tulis karangan pulak posting nie.
Ade lagi satu kisah pagi raya nie, every raya, pagi-pagi, kebiasaannya aku
bersiap-siap, sembahyang raya dekat rumah mie, kadang-kadang je aku sembahyang raya
dekat rumah abah, adik beradik yang lain selalu jugak tukar-tukar, cuma aku
yang kurang sikit, sebab dari kecik aku membesar dgn umie,
susah nak tinggal umie sorang-sorang, masakan hari raya.
Pagi-pagi raya, orang yang paling sibuk siapkan makanan untuk dibawa pergi
rumah abah umielah. Setiap tahun, umielah yang paling busy siapkan makanan
tak kisahlah, daripada laksa, nasi impit, nasi minyak, nasi berlauk,
umielah yang paling busy isikan juadah untuk makan di pagi raya dengan abah
dalam tempat letak makanan bertingkat tuh ( kalu korang ingat bekas warna perak
orang dulu buat letak makanan ). Ape yang aku perasan, umie
tak pernah hilang perasaan sayang dekat abah walaupun dah hampir 15 tahun bercerai.
Tiap-tiap tahun, aku perhati raut muka umie, semangat menyiapkan
makanan, untuk makan pagi raya lepas solat raya.
Sedangkan 15 tahun dulu, macam-macam abah hambur perkataan yang kurang
sedap didengari dekat umie, abah pukul umie, tapi, tak pernah
sekalipun umie menyimpan dendam.

Aku yakin kot, sekiranya ada peluang untuk umie berbaik dengan abah,
umie mesti usahakannya. Cuma abah yang susah nak terima umie
balik kepadanya. Aku tak tahu apa salah umie 15 tahun lepas yang
buat abah begitu benci kepada umie. Aku masih tak faham. Bagi aku
umie adalah role model bagi ibu tunggal. Alhamdulillah kesemua tujuh anaknya
berjaya menjadi manusia yang berguna sekurangnya.
Dari jurutera, lawyer, chemist, pilot.
Sekiranya ingin diceritakan latar belakan umie, umie belajar sampai darjah 6 sahaja.
Sebab tak cukup duit nak belajar.
Tapi alhamdulillah tak ada sorang pun anak dia yang rosak.
Tuhan itu maha pemurah.


raya?
Tak seronok kot, aku raya kedua pun duduk rumah je
raya pun aku asyik mendung je.
Tak seronok untuk dikenang.

cinta?
Aku tak tahu whats wrong with me
aku rasa lost gila.
Aku tak dapat nak berikan komitmen sepenuhnya
aku asyik tertanya kenapa aku selalu be the reason
untuk semua masalah.
Aku tak tahu kenapa aku sensitif
sampaikan semua benda jadi isu

pilot?
Dulu sebelum masuk aku bersemangat
lepas dah stuck dalam skolah nie,
khabar tak seindah rupa.
Tapi, ini career yang aku pilih,
jalan yang aku pilih,
masa depan yang aku pilih
So?
mestilah aku tak menyesal.
Captain in the next 11 years,
insyaallah

azmierul che mat.

p/s: missed those days when I met my friends which came from different part of world.

Posted at 05:34 pm by Mirul

ery
December 15, 2009   12:42 PM PST
 
****tempat letak makanan bertingkat tuh ( kalu korang ingat bekas warna perak
orang dulu buat letak makanan )== org panggil mangkuk tingkat *****
ery
December 15, 2009   12:41 PM PST
 
Sabau je la dikmat, mmg tiap kejadian ada hikmah, lol, later x der keje ari raya meh ikut abe ery amik gmbr org kawen ..kekekekek
Admin
October 3, 2009   01:56 AM PDT
 
hidup mmg mcm tu nesa
nesa
October 2, 2009   11:47 PM PDT
 
asl indah khabar dr rupe?
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry